Wednesday, July 21, 2010

kancil merah sakit

baru je mandikan kancil merah, berlari pulang ke uia, kancil merah pengsan di tengah jalan. di dashboard, nyala la dua lampu warning, air dan bateri. ok...... kancil merah telah overheat. masih lagi bersyukur sebab mati kat jalan kecil masuk ke uia. kalau highway, tak ke naya nk tow. lalu tersadai la kancil merah depan traffic lite itu..


bantuan di perlukan. call rakan studio ku.. 20 minit selepas itu, datang la mereka utk bantuan. 5 orang. 2 botol air dituang dlm tangki radiator. air laju je mengalir dr bawah. ok kancil merah ada penyakit. perlu dibawa masuk operation room. jue pon try start, gegegegege, kancil merah hidup tapi dia sakit. kena operate jgk.

kawan2 studio escort jue smpai ke klinik berdekatan utk kancil merah. temperature naik dgn cepat. jue pandu laju-laju. selamat smpai. doktor kancil merah ckp ada leak and paru-paru kancil merah kena servis. lalala.. call lagi kawan studio lain utk ambil jue balik ke uia.. selepas tgk kancil merah stabil, jue pon balik dgn kawan..

2 jam berlalu, kancil merah pon dah operate. kawan pandu jue ke tempat kancil merah. yay kancil merah dah pulih! =)

kesimpulan, jue sgt berterima kasih dgn kawan2 yg membantu. terasa kekok utk minta tolong mereka. jue sememangnya x suka menyusahkan kawan. tp bila jadi mcm ni, jue tau kawan itu ada. dalam hati, takpe, hari ni hari aku susah, hari lain kalau korang susah, cari la aku. kau perlu tau, aku sanggup susah kerana kawan. terima kasih kawan-kawan.

nota kaki: mengidam myvi pink. umi, wan =)

No comments: