Saturday, September 25, 2010

pembunuh


dunia sekarang dah tak aman. bunuh sana bunuh sini. terbaru semestinya isu hangat yang menggemparkan satu malaysia, kes bunuh berprofil tinggi sosilawati. senangnya manusia bunuh sesama manusia kan? kejam pulak tu :(


tadi semasa memandu, terdetik di hati, alangkah malangnya orang yang terserempak dengan orang jahat. kita tau orang jahat ada di mana-mana je. dan dengan izin Tuhan, everything can happen. terasa begitu bersyukur kerana jue rasakan Dia selalu ada utk lindungi jue terutamanya jika jue memandu berseorangan. 

mcm yang kita byk dengar kat news, kes bunuh dan rogol perempuan banyak bermula dari jalan raya dan kenderaan itu sendiri. ingat lagi tak, kes nurul huda, canny ong dan noor suzaily mokhtar. Tuhan saja yg tau mcm mana mereka menderita sebelum menemui ajalnya :(

dunia sekarang, penuh dengan lelaki durjana, yg Tuhan ciptakan untuk lindungi kaum lemah, kaum wanita. tapi mereka  khianati amanah itu. entah syaitan apa lah yg ada dalam mereka. ya, lemah iman serta hilang pedoman, itulah kuncinya. takut.. kepada kaum-kaum sejenis ku, kaum perempuan, berhati-hatilah. sama-sama kita ingat mengingati.

good night~

1 comment:

Amir said...

insyaAllah semuanya selamat. selalulah berdoa mohon Allah lindungi kita dari perkara2 yang x diingini..