pergaduhan dalam percintaan? oh itu common. tak bergaduh makna nya percintaan tu terlalu mendatar dan agak boring. why so serious? ok. whatever.. kadang-kadang aku penat dengan semua ni. menjaga hati dan dijaga hatinya. tak boleh ke kita selesaikan dengan tolak ansur sesama pihak? ego. aku masih ada egoku dan aku rasa ego itu aku letakkan cukup proportion. senang utk dibuang ego itu tapi senang juga utk letakkan ia di situ selama-lamanya. faham? yes, x perlu kau perah otak untuk faham kerana ianya seperti compact powder. blurgh.
aku selalu anggap coretan permasalahan cinta di blog adalah 'lame'. cinta sesama anda simpanlah sesama anda. maka bila dititip di blog seperti ini, aku anggap ianya public speaking pula. hello.. come on. kenapa buka pekung di dada sendiri? kau rasa ada ke orang nak dengar luahan masalah cinta kau kat sini? yang ada cuma lah stalker yang sibuk mengorek perihal empunya. ah persetankan semua tu for a while. ini untuk kesedaran dan muhasabah diri sahaja.
rumit. semakin rumit. sembilan tahun bukan satu tempoh yang boleh menjamin kita untuk sebuah ikatan perkahwinan. aku percaya. tapi aku tidak jamin semua itu benar. cuma ianya satu kemungkinan sahaja bila cinta ibarat dilanda musim tengkujuh atau kemarau *pon boleh.
kau anggap aku siapa? kau usulkan aku tak punya perasaan, maka aku ini sebuah patung lah? kau hanya fikir tentang diri dan perasaan kau. berapa kali sudah aku jelaskan. aku masih punya tanggungjawab lain instead kau katakan aku happy berseronok bersama kawan-kawan? kau selfish. kau hanya pentingkan diri sendiri sedangkan kau tak cuba selami kehidupan aku. apa guna nya tempoh sembilan tahun itu? kau sudah lupa? malah kau usulkan aku yang lupakan semua. aku ni apa? terbalik la sayang. aku tak tahu dimana letaknya aku lagi. kau silap jika kau katakan aku lupa tentang semua. kau silap jika kau katakan aku tak pedulikan kau. kau tak tahu seharian aku fikirkanmu. tak mungkin kita boleh luangkan masa bersama-sama setiap hari. ini pun pernah kita bincangkan. tapi mana semua tu? ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. kali ini aku memang penat.
lupakah kau isnin lalu kita sangat happy, tapi hari ini, kau ungkit tentang isnin lalu, tp kau khabarkan aku ianya tak seindah yang seperti aku alami. kau pentingkan diri sendiri. cukuplah. aku sudah penat.

3 comments:
*hugssss* imy jue!
kalau dua2 dapat buang keegoan masing2 senang cerita. tapi kalau x gaduh mcam ni kita tak tau perangai pasangan kita. nk tunggu kawin. emm dah terlambat kot baru nk faham mcam mana pasangan kita. walau apa pun bertolak ansur jika ada sisa2 perasaan kasih tu.
~ sedangkan lidah lagi tergigit .. sabar erk :)
i think this is the hardest part jue..
maybe take time for urself and he is too.
hang on. insyaAllah dia akan faham jue. he will. just give him some time. and you, be cool n give yourself some time too k!
hope all these conflicts will end up soon with happy understanding! hee..i'll pray for both of u!
nak ke gerbang perkahwinan memang banyak dugaan. the only true hero n heroin will reach the final destination together!
both of you'll be among that k!
Post a Comment