tiba-tiba terdetik utk mengimbas kembali masa muda dahulu kala. muda nya jue masa tu.. oh oh.. terasa ingin pulang ke masa itu. kalau la ada mesin pemutar masa, atau mungkin mesin basuh yg boleh membawa jue ke alam muda-mudi remaja itu. mungkin jue x pingin untuk betul-betul pulang ke masa itu. kerana kenangan x mungkin diubah. memori itu sudah tercipta dan tersemat. sama ada indah atau perit. ia tetap memori kita. memori yg membentuk jue sehingga ke hari ini. ya, memori zaman muda-mudi remaja (lari tajuk).
teringat zaman permulaan jue berkecimpung ketuk-ketampi dlm dunia berjaring ini. internet namanya. sebermulanya, jue mula mengenali internet pada usia 13 tahun. ye la, x mcm ank2 sekarang, celik mata dah dapat mainan laptop dady dia (seperti aryan. haha), mainan dah ditolak ke tepi, gadget lebih digemari. ok dah kenal dgn internet masa tu, apa lagi, mesti la tau mIRC, application plg hot stuff masa tu.
jue pon berkecimpung la dlm dunia mIRC. jd addicted. lagi2 bila dpt chat dengan kawan2 sekolah and rangkaian2 sekolah famous (especially sekolah jue, ok yg ni sgt poyo) di kelantan. dari titik itu, jue kenal ramai org, siapa yg top, siapa yg hot stuff dan macam2 la. boleh dikatakan 'gossip life' masa tu la. woohoo!! rasa sgt rindu akan masa itu. zaman kegemilangan jue laaa.. haha!
thru mIRC, mr bear luahkan perasaan dia (kononnya kat sekolah dia budget cool).. sorry syg :p dengan mIRC juga jue dgn dia byk berhubung especially time form 4 and form 5. ah rindu nya masa tu. ok jgn terkejut, jue ada simpan lg attach file kitorang mase chat kat mIRC mase tu. smpai sekarang ada bukti pembelian nye. wah! romantik betol la masa tu.. :(
ok nak tambahkan lagi kegilaan ini, jue try download mIRC last few months. jue cuba imbas kembali mcm mana cara nk log in ikut mIRC. dan dengan bangganya, jue masih ingat! channel apa yg jue nk masuk. ada la main shortcut term dia, jue still igt lagi. mcm mana nk tuka nickname, mcm mana nk join channel. nk masuk server apa.. (jue slalu guna DALnet) hehe..
at first, kena pilih server dlu, DALnet ke, Webchat ke, terlalu banyak dlm list utk di pilih. lepas tu terus dia connect n popped out channel to join. em ok, malas nk explain. boleh usha gamba2 di bawah. sekian.
mula2 nak log in. click continue. then pilih server
pilih2 nickname ngn info berkaitan
join join channel. pilih pilih pilih
one of the # yg jue slalu join. tgk la. ade 3 org je! semua dah maju ke hadapan. lol!~
byk lg la kalau nk citer psl mIRC ni. walaupun dah x famous mcm dlu, mIRC masih mengikut trend terkini. logo n icon2 pon lebih menampakkan aesthetic value. cuma tu la, zaman kegemilangannya dah tamat. ok tamat sesi mIRC. sedih je tgk. mIRC punya byk kenangan dlm hidup jue. mostly kenangan yg indah, seperti tmn kenangan. taman kenangan!! syg, jgn marah, sy emo ;p
ok siap. mungkin setakat ini je bebelan untuk kali ni.
last but not least.. selamat hari raya aidiladha semua.. sembelih lembu jgn sembelih org pulak ye. grr
p/s: still xpuas hati? click here http://en.wikipedia.org/wiki/MIRC



